mozweed
10-27-2008, 11:46 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera… Pertama sekali, aku ingin memohon ampun dan maaf di atas keterlewatan mempaparkan laporan rumah terbuka untuk tatapan kawan-kawan semua.
Alhamdulillah… Dengan limpah dan kurnia-Nya, majlis Rumah Terbuka Kenarianz anjuran cawangan Perak selamat dilangsungkan dengan meriah walaupun keadaan cuaca yang agak basah. Selain memenuhkan aktiviti dan memeriahkan suasana Hari Raya yang masih terasa, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpul dan menemukan warga-warga Kenarianz dari seluruh Malaysia. Kami turut menjemput rakan-rakan yang pernah bergelar Kenarianz suatu ketika dahulu. Syukur, hubungan kita semua masih baik seperti dahulu.
Aku akui, kami di Perak terasa akan kepenatan dalam membuat persiapan-persiapan akhir majlis ini, tetapi semua keperitan itu diubati apabila memikirkan tujuan majlis ini untuk menemu dan menyatukan ‘keluarga besar Kenarianz’. Sebagai satu keluarga kami bersama-sama membahagi tugas untuk dilaksanakan bersama.
Persiapan pada hari Sabtu itu bermula dari awal pagi lagi. Ada yang sibuk memasak, menempah banner, membeli bahan-bahan mentah, menyusun kerusi meja dan lain-lain. Ada juga yang sanggup ponteng kelas semata-mata ingin menghulur tangan meringankan beban. Menjelang petang, hujan turun dengan lebatnya, sehingga menyukarkan setengah-setengah kerja yang masih belum disiapkan. Tetapi kami anggap semua itu rahmat dari-Nya. Lebih kurang sejam kemudian, hujan pun berhenti. Kami cepat-cepat menyudahkan apa yang tertangguh. Lebih kurang pukul 6.30 petang, ahli-ahli dari cawangan Kuala Lumpur pun tiba dan kami tempatkan mereka disebuah rumah yang memang telah kami sediakan untuk berehat melepaskan penat lelah dan mempersiapkan diri. Satu demi satu kereta ahli-ahli dari Perak, Kuala Lumpur dan Utara tiba di lokasi majlis.
Jam 8.15 malam, ahli jawatankuasa dari masjid berdekatan pun tiba bagi membacakan doa selamat. Selesai sudah memanjat syukur pada-Nya, semua yang hadir mula mengambil juadah-juadah yang tersedia mengikut selera masing-masing. Jelas terlihat kemesraan di antara ahli-ahli walaupun ada yang pertama kali bersua. Sekali sekala terdengar tawa riang dan gurau senda mereka. Ada yang sibuk bergambar, sibuk bercanda dan tak kurang juga yang sibuk memperkatakan perihal kereta yang disayangi.
Bagi mengabdikan kenangan, satu sesi fotografi diadakan. Pelbagai ragam dan posing dapat dilihat. Setelah mata berpinar dengan silauan lampu kamera, tiba pula acara mengasah tekak (karaoke daaa…). Set karaoke yang disewa khas untuk majlis ini dibelasah teruk oleh mereka-mereka yang melalak pada malam itu. Sehinggakan ada yang hampir ditinggalkan (sapa la tu).
Salam dihulur… Lebih kurang jam 11.00 malam, ahli-ahli mula beransur pulang. Ada yang pulang ke wilayah tengah dan ada yang pulang ke utara tanahair. Kepulangan mereka ke tempat masing-masing diiringi dengan hujan renyai-renyai. Kami selaku tuan rumah masih lagi di lokasi majlis bagi acara terakhir iaitu acara mengemas rumah. Hati terasa puas kerana dapat menjayakan majlis rumah terbuka yang julung kali diadakan oleh Kenarianz Perak. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Insyallah panjang umur dan dimurahkan rezeki kita berjumpa lagi. Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Eidulfitri.
Perak:
1. wanie_64 & family
2. kelabuasap & family
3. gbumlover & family
4. ezaerogx & family
5. ery_kitty & family
6. kenaritam & family
7. arabianaero & family
8. MoVe_PaRK & family
9. badang & family
10. sgat1621 & family
11. Odin & family
12. Kamal & family
13. Rahman & family
14. intan & mom
15. lily & sis
16. achoi_7754 & partner
17. Miss_WaHida & co
18. jooy_ipoh
19. Zamir
20. Pak Tamm
21. sha
22. Wak (ahli baru)
23. Ali (ahli baru)
24. mozweed
Penang:
1. Kompr3ssor
2. kiko
3. megatfrq
4. cikda
Kuala Lumpur:
1. corleano
2. nizam_5282
3. along_84
4. acaizegrete
5. zxkn
6. budak_busuk
7. ross
8. nartasha
9. aero_6938
10. db
11. wanlee
12. move_buruk & family