FidzDa
09-28-2008, 07:36 PM
[center:b1b7059978]السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
[/center:b1b7059978]
Ramadhan mula berlabuh, Syawal kian menjelma. Bahang Aidilfitri semakin terasa. Di segenap pelusuk kelihatan ramai yang berpusu-pusu ke pusat membeli-belah, tidak kira tua mahupun muda. Masing-masing dengan satu tujuan, menyambut ketibaan Aidilfitri yang mulia. Dikesempatan yang ada, Kenarianz Johor Chapter telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa buat pertama kalinya, sebagai penutup Ramadhan kali ini.Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang, aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Lokasi pilihan untuk Majlis Berbuka Puasa Kenarianz Johor Chapter ialah di Fiffin Corner, Damansara Alif, Johor Bahru dengan gaya menu 'Buffet Sederhana Ala Kampung'.
Seperti yang dijanjikan, ahli dari Johor Bahru mula berkumpul di Petronas McD, Taman Kobena seawal jam 5.00 petang sambil menanti ketibaan ahli dari Kluang. Ahli yang hadir ialah : fidz & sepupu mus & sepupu key hypo qaero kecik & isteri mars & sepupu toto & sepupu aim & sepupu paiz & rakan shah abang ipar shah
Kami mula bergerak ke lokasi berbuka lebih kurang jam 6.30 petang. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit. Setibanya kami di lokasi, kelihatan pelanggan lain telah mula beratur untuk mengambil makanan. Terdapat lebih kurang 15 jenis lauk pauk disajikan di Fiffin Corner. Perjumpaan kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua orang ahli baru yang belum berdaftar iaitu Shah & abg iparnya. Jutaan terima kasih diucapkan kerana kesudian mereka untuk hadir ke majlis ini.
Sesi berbuka puasa diselang-selikan dengan perbualan & perbincangan antara ahli yang secara puratanya berkaitan dengan persiapan & lokasi di hari lebaran. Tidak lupa jua topik berkenaan subNOS Raya, Family Day Kenarianz & Tempahan F1 Crew Shirt Kenarianz. Sesi berbuka puasa disudahi dengan percikan bunga api dari Cip Kenarianz Johor Chapter, saudara toto. Kami mula bergerak ke Petronas Damansara Alif pada jam 7.45 malam bagi menunaikan Solat Maghrib sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu subNOS Johor Chapter di Danga Bay.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR & BATIN dari Kenarianz Johor Chapter buat semua warga Kenarianz.
Sekian, terima kasih.
Kenarianz Informer(Johor),
FidzDa™