PDA

View Full Version : Jemputan Majlis Perkahwinan Shofi dan Noreena


nizam_5282
07-12-2008, 01:50 PM
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

http://i225.photobucket.com/albums/dd250/nizam_5282/Shofi-dan-Nurul.jpg

Dengan segala hormatnya dan dengan tanggungjawab yang diberi, saya mewakili bakal pengantin iaitu Saudara Mohd Shofi Akmal (_shofi_) dan pasangannya Cik Noreena (Puteri Nurul) ingin menjemput semua warga KENARIANZ dari segenap pelusuk Malaysia untuk menghadiri dan memeriahkan Majlis Perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada tarikh dan lokasi berikut :

Jemputan Kenduri Perempuan
Tarikh : 9hb Ogos 2008 bersamaan 7 Sya'aban 1429 Hijrah
Hari: Sabtu
Masa: 12 tgh - 4 ptg
Tempat: No. 88, Jalan Zuhrah U5/151, Taman Subang Murni, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Sila Klik dibawah...
Peta Lokasi Majlis Perempuan (http://i225.photobucket.com/albums/dd250/nizam_5282/img014.jpg)

DAN

Jemputan Kenduri Lelaki
Tarikh : 10hb Ogos 2008 bersamaan 8 Sya'aban 1429 Hijrah
Hari: Ahad
Masa: 11.30 tgh - 4 ptg
Tempat: Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah, Polis Di Raja Malaysia, 70300 Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan

Sila Klik dibawah...
Peta Lokasi Malis Lelaki (http://i225.photobucket.com/albums/dd250/nizam_5282/img015.jpg)

Semoga dengan kehadiran para jemputan akan memeriahkan lagi majlis mereka serta diberkati
Allah SWT jua hendaknya. InsyaAlllah...

Terima Kasih.

_SHOFI_
07-12-2008, 05:53 PM
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera lol_001 lol_001

Saya, Mohd Shofi Akmal (_SHOFI_) dan pasangan Noreena (puteri_nurul) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kekanda Made (BHF1932) yang sudi mengumumkan berita mengenai majlis ini pada NOS TTDI lepas. Juga ribuan terima kasih kepada En Nizam (nizam_5282) yang sudi menyumbangkan tenaga untuk posting ini.

Dengan ini kami menjemput seluruh warga KENARIANZ sudilah kiranya bertandang ke majlis yang bakal berlangsung insyAllah pada tarikh dan waktu yang telah dinyatakan. Kehadiran saudara / saudari amat lah dialu - alukan.

Terima Kasih briggin_001 briggin_001

Pyan
07-22-2008, 03:16 PM
Selam warga Kenarianz,

Dengan ini dimaklumkan Event Committee akan mengadakan satu sesi konvoi mengiringi Pengantin Lelaki pada 10hb Ogos 2008. Butirannya adalah seperti berikut:-

Lokasi: Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah, Polis Di Raja Malaysia, 70300 Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.

Tarikh: 10hb Ogos 2008

Lokasi berkumpul/menunggu: Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Seremban

Masa menunggu: 10.30 pagi - 11.30 pagi (1 jam) - Please be punctual!

Kepada sesapa yg mempunyai UHF/VHF, sila bawa bersama!! It's a compulsary.

Semua warga Kenarianz, sila bagi sokongan pada hari tersebut. Your continuous support on our friend's wedding are very much appreciated.

Sila hubungi:
Made (9W2BHF) Maxis-EnamLapanLapanSatuSembilanTigaDua
Pyan (9W2ALF) 013 223 6192
Along (9W2WJE) 012 9200958
Gent (9W2GNT) 012 395 9287

SILA SENARAIKAN NAMA ANDA UNTUK JEMPUTAN INI.
(ini bertujuan untuk penyusunan kenderaan semasa mengiringi konvoi)

1) Zulazfar
2) nizam_5282
3) Pyan & wife
4) BHF1932
5) irrahady
6) yeos
7) LiLFaDLi
8) WMN_6371 + faiz + patner
9) _SHOFI_ (nak nyemak gak hehe)
10) puteri_nurul (nak masuk list gak hehe)
11) Shahlakar (tukang Foto) :P


along_84 -MARSHALL-be comfirm later

_SHOFI_
08-10-2008, 10:28 PM
Salam lol_001 lol_001

Saya dan puteri_nurul mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah sudi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kami. Sekiranya terdapat kekurangan dari pihak kami, kami mohon maaf...ape pun thanks all lol_001 lol_001 lol_001 lol_001

P/S : Sampai gak hajat den nak berkonvoi hehe..insyAllah lepas ni leh la mai NOS kerap skit....dah dokek hehe