View Full Version : Apa punca sebenarnyer?
Aeryn
03-07-2010, 12:50 PM
Apa punca sebenarnyer enjin bunyi berdecit bila On air-cond? Dah pergi kedai air-cond kasi ketat belting untuk air cond, tapi makin kuat plak bunyi berdecitnyer.... evil_001 Apa punca2 len, harap kengkawan yang ada pengalmaman dapat membantu.
Adakah punca dari:
1) Saiz belting yang tak betul?
2) Bearing yang nak dua kali jumaat?
3) Kompresor air-cond tak ada minyak?
4) Kompresor dah problem? (tapi air-cond masih sejuk)
5) Atau ada apa2 punca yang lain, sakit hati betul, bila tukar ajer belting terus jadi cam2.
Harap dapat membantu.....
_SHOFI_
03-07-2010, 01:10 PM
Ko kata lepas tukar belting terus camtu ek? Belt apa yang ko tukar tu, bunyi cit2 tu datang dari belah dalam ke kat bahagian enjin?
Aeryn
03-07-2010, 06:06 PM
Kat bahagian enjin, masa mula2 start enjin (ejin dah sejuk), kuarlah bunyi berdecit tu... Jadi bila ON air-cond ajer, ke ada belting bahagian len, jiwa kacau dibuatnyer..... cry_001
marquet
03-07-2010, 09:42 PM
elok g anto ejas balik belting tu..
takut overtide..
btol x en diy?
along_84
03-07-2010, 10:49 PM
cuba g kedai keta balik
try adjust belt tu balik
takut belt tu terlampau tegang atau pon longgar
kalo dh adjust gak masih de bunyi tikus cencorot tu
ade kemungkinan bearing kompressor dh mula nk kong
kalo xsilap aku bearing kompressor nie ade 2 bearing
satu bearing luar ngan bearing magnetic
bearing luar bole tukar
megnetic bearing xpasti plak..
shofi ade betul kee aku bg penjelsan nie..
p/s : sama2 belajar ape yg kite tahu..
marquet
03-07-2010, 11:26 PM
perghh kemas tol penjelasan dr en Nahri Nauefal Mohd Othlah
ijat_PHG9161
03-07-2010, 11:57 PM
atau kemungkinan belt dah keras...
sbb keta aku pnah jd camni...tukar br trus elok...hehehehehe...
_SHOFI_
03-08-2010, 10:44 AM
elok g anto ejas balik belting tu..
takut overtide..
btol x en diy?
Ko yang En DIY, aku assistant ko je wakakka huhu
Ok, En Aeryn ni kato bila ON air cond je bunyi tu mesti mari kan. So kito focus je lah kat belt aircon & compressor tu. Kalau belt2 lain, rasanya kalau tak ON aircon pun, start je enjin dah bunyi dah. Tapi biasanya belt aircon ni kalau nak bunyi, tak ON aircon pun dia akan bunyi. Disebabkan maybe dia longgar, tak pun dah keras. Rasanya bunyi decit-decit tu tak boleh terhasil kalau terlebih ketat.
So seperti soklan aku di awal kisahnya hehe, wahai En Aeryn, apa belt yang ko dah tukar tu huhu
Ok katalah ko dah tukar belt aircon tu, mungkin belt tu longgar, kadang2 memang time pomen tu pasang dia dah setting ketat dah, tapi ketat skrew main2 lak, so mungkin time ko dah jalan2 dia terlonggar sendiri (banyak kali dah aku jumpa camni, pomen ketat skrew main2)
Ok katalah ko tak tukar belt tu, so mungkin belt tu keras atau longgar juga. Boleh la ko hantar ketatkan balik belt tu.
Ha lagi satu kes ada juga pulley tu dah makan belt (longkang pulley yang belt tu duduk tu). Penah ada kes, dah tukar belt baru, dah ikat ketat2 gila pun, still bunyi dia slip, maka kenalah tukar pulley tu. Dia dah haus gamaknya. Kadang2 belah dalam pulley tu berkarat, so dio makan belt. Kes ni biaso kalau pakai barang2 halfcut yang terdedah pada hujan dan panas.
shofi ade betul kee aku bg penjelsan nie..
Hehe den ni tak pandai mana En Along, tapi ko tanya aku cuba lah bagi pendapat hehe...
Ya, kalau compressor kenari ni, dekat pully luar tu ada bearing, tapi bearing ni jarang rosak, even compressor dah pakai 100000KM pun still cun lagi bearing ni, dan bearing luar ni kalau dia nak kong, logik juga akan mengeluarkan bunyi cit-cit tak pun bunyi kasar. Tapi boleh jadi juga puncanya bearing ni, if bearing ni dah kurang elok, kira dah goyang lah, even ketat belt pun, dia still leh slip. Tapi kalau belt slip lain bunyi nya, time kita tekan minyak baru bunyi, yittttt..yitttt hehe bunyinya gitu lah. Tentang magnetic bearing tu aku tak sure lak.
En Aeryn,
1. Belt apa yang ko dah tukar tu
2. Ko amik je WD40 sembur kat belt tu, ilang tak bunyi? Biasanya kedai akan leretkan sejenis lilin kot kat belt tu kalau nak ilangkan bunyi decit2 tu. Takpe test je sembur WD40 hehe
3. Kalau dah sembur pun bunyi gak, gi lah pomen, suruh dio check belt tu, longgar kot hehe
Sekadar berkongsi apo yang den tau, ilmu itu milik semua briggin_001
Aeryn
03-08-2010, 11:15 AM
Trime kasih sume, special untuk abg shofi yg banyak bagi info2 yang bernas, sy akan cuba buat satu2 keputusan hasilnyer saya akan hupdet kemuadian.
_SHOFI_
03-08-2010, 11:20 AM
Trime kasih sume, special untuk abg shofi yg banyak bagi info2 yang bernas, sy akan cuba buat satu2 keputusan hasilnyer saya akan hupdet kemuadian.
Eceh, tak payah special2 makhluk biasa je aku ni hehe, takpe kasi try dulu ek hehe
BTW, belt apa yang ko dah tukar tu
Aeryn
03-10-2010, 12:22 AM
Eceh, tak payah special2 makhluk biasa je aku ni hehe, takpe kasi try dulu ek hehe
BTW, belt apa yang ko dah tukar tu
Dah try sembur WD40, bunyi berdecit dah kurang tapi masih ada (sekejap ajer, tak macam sblm nie sume orang tengok), ntah masa pasang tu ukur tegok sama ajer. Penin dibuatnyer.... question_001
_SHOFI_
03-10-2010, 08:59 AM
Dah try sembur WD40, bunyi berdecit dah kurang tapi masih ada (sekejap ajer, tak macam sblm nie sume orang tengok), ntah masa pasang tu ukur tegok sama ajer. Penin dibuatnyer.... question_001
oo gitu, test pi anta check balik, longgar kot
Aeryn
03-11-2010, 08:47 PM
Dah cuba try ketatkan, masih ada bunyi, lepas check rasanya problem kat belting power steering, ke power steering bearing dah nak kong. Setakat nie cuma sembur kat belting power steering tu. frown_001
vBulletin® v3.8.5, Copyright ©2000-2012, Jelsoft Enterprises Ltd.