PDA

View Full Version : Kenarianz Sabah : Forum Perpaduan 1 Malaysia


neija13
02-07-2010, 02:37 AM
http://4.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S222USiXVCI/AAAAAAAADtI/cMCHxErIpRk/s320/1M.jpg

Pada 28 Januari 2010 yang lalu, Kenarianz bersama Jebat.Net dan SIXORS telah menghadiri Program Pembangunan Komuniti iaitu Forum Wacana Ilmu yang bertajuk Perpaduan 1Malaysia ; Realiti atau Fantasi bertempat di Dewan Sedco, Wisma Sedco Kota Kinabalu anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (ICU, JPM) dengan kerjasama Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Sabah (ASSA).

Panel forum ialah Yang Berhormat Datuk Sapawi Haji Ahmad (Ahli Parlimen Sipitang/Pengerusi SLDB/Penaung ASSA), Yang Berbahagia Encik Mustapha Sakmud (ASSA) dan Yang Berbahagia Encik Alkesah Mohd Ali (ASSA).

Terima kasih diucapkan kepada Adz Mie, Madi188, Jimbak, Kojek & WanNagasaktee atas komitmen menghadiri majlis ilmu ini. Begitu juga kepada sahabat-sahabat Kenarianz iaitu Jebat.Net & SIXORS. Kepada panel forum, terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian berkongsi ilmu...

Tahniah kepada PPPN Sabah & ASSA atas penganjuran program yang sangat berguna seumpama ini. Kenarianz akan sentiasa memberi sokongan yang padu untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia.

"Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan......Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami." PM @ Web 1Malaysia

TQ

Laporan Bergambar http://kenarianz-sabah.blogspot.com/2010/02/wacana-ilmu-perpaduan-1-malaysia.html