neija13
02-07-2010, 02:26 AM
http://2.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S2b1IG059hI/AAAAAAAADmw/nLrmNN1e1cI/s320/banner.jpg
Salam 1 Kenarianz….
Kenarianz Zon Kota Kinabalu, Sabah sekali lagi telah dijemput untuk menjayakan ‘JOM OUTDOOR UMS’ pada 23/1/2010 yang lalu anjuran Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan UMS. Antara pengisian yang dibuat oleh pihak penganjur termasuklah ‘Show Off & Sound Blasterrr’ yang telah menjadi satu kemestian setiap kali pihak UMS menganjurkan sebarang aktiviti dalaman. Antara objektif penganjuran program tersebut adalah untuk mempromosi sukan permotoran di UMS khasnya dan Sabah secara amnya.
Acara berlangsung seawal jam 7.30 pagi di mana semua jentera-jentera yang terlibat akan mengiringi Naib Canselor UMS masuk ke lokasi utama di samping semua jentera mempamerkan dan memainkan sistem audio masing-masing.
Antara jemputan-jemputan yang menyertai program ini termasuklah dari penganjur sendiri iaitu COUCAR, Asli Jati Contractor, SIXORS, VIVAC dan juga KENARIANZ di samping ada lagi beberapa jemputan yang dijemput oleh pihak penganjur bagi meramaikan program yang dianjurkan. Kenarianz telah diwakili oleh 7 jentera antaranya Sdr Johan, Sdr Khai0160, Sdr Wan Nagasaktee, Uncle T, Sdr Zul GT, Sdri Neija & Sdr Azmi.
Sebagai tanda penghargaan, pihak penganjur telah memberikan saguhati berupa hamper, sijil penyertaan dan piala kepada semua jemputan/kelab yang telah menjayakan program ini.
Terima kasih kepada warga Kenarianz yang menyertai program ini.. Begitu juga kepada Sahabat-Sahabat Kenarianz iaitu SIXORS & Jebat.Net yang turut sama menjayakan program ini.. Semoga sukan bermotor lebih maju & mantapzzzzz!
Laporan Bergambar http://kenarianz-sabah.blogspot.com/2010/02/show-off-jom-outdooor-ums.html