neija13
11-27-2009, 05:23 PM
Salam Muhibbah dari Kenarianz untuk semua...
Pada 22.11.2009 baru-baru ini, salah seorang daripada ahli Kenarianz telahpun melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati beliau. Majlis berlangsung di kediaman pihak perempuan di Sandakan. Untuk memeriahkan lagi majlis ini, komuniti Kenarianz di Sandakan telah mengadakan Konvoi Walimatul Urus mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.
Berikut adalah laporan yang telah disediakan oleh rakan Kenarianz di Sandakan iaitu Sdr. Amuksoda..(Tqvm ging...)
Berkumpul seawal jam 10:00a.m., di perkarangan letak kereta Giant. Acara simbolik ringkas penyerahan tag nama konvoi kepada para jemputan. Setelah semua jemputan datang, tepat jam 11 a.m. bergerak ke rumah pengantin lelaki(Sdr Zam) di Taman Mawar. Selesai sesi memasang riben di kereta masing-masing, jam 11:45a.m., konvoi bermula mengiringi kereta pengantin ke rumah pengantin perempuan. 20 minit perjalanan, rombongan kami tiba di rumah pengantin. Sebelum bersurai, sempat kami bergambar kenang-kenangan bersama pengantin baru.
Selamat pengantin baru kepada Saudara Zam dan isteri. tidak lupa juga buat Sdr Yus and the gang,Macai+Harry dan Bro SAA5677G, jutaan terima kasih atas sokongan menjayakan konvoi ini. Semoga kita akan bertemu lagi di lain aktiviti akan datang.
Adioss....!!!!
Terima kasih kepada semua yang terlibat..
Ajirin, Amuksoda, Asrul, Macai + Harry, Royal Luxury members (7 Machines) & Bro SAA5677G
Kami komuniti Kenarianz, khususnya komuniti di Sabah ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Sdr. Zam & Isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... amiiin....
Laporan Bergambar KLIK SINI http://kenarianz-sabah.blogspot.com/2009/11/konvoi-walimatul-urus-zamjkd-sandakan.html