PDA

View Full Version : Kenarianz @Autoshow


neija13
11-27-2009, 05:14 PM
Kenarianz @Autoshow 15.11.2009

Salam Kenarianz...

Sekalung penghargaan diberikan kepada DUA Kenarianz machines yang telah menyertai ASC Autoshow & Sound Challenge anjuran Han's Cartmart pada 15 November 2009 baru-baru ini bertempat di KK Times Square.

Ini merupakan kemunculan kali pertama bagi kedua-dua jentera ini atas nama Kenarianz. Walaupun tidak berjaya meraih sebarang kemenangan, namun, semangat, komitmen & sokongan yang ditunjukkan patut dicontohi dan dihargai dalam usaha mempromosikan Kenarianz serta memeriahkan industri permotoran di Sabah.

Pihak Kenarianz mengucapkan tahniah kepada para pemenang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Kenarianz dan Sahabat Kenarianz Keicarmania yang turut hadir memberi sokongan..

Insya Allah kita bertemu lagi pada musim yang akan datang..

Sekian.. Salam...

Laporan Bergambar KLIK SINI http://kenarianz-sabah.blogspot.com/2009/11/kenarianz-autoshow-15112009.html