neija13
11-27-2009, 05:08 PM
Pada 24 Oktober 2009 yang lalu, Kenarianz Sabah telah menganjurkan satu perjumpaan dengan dua kelab permotoran iaitu Keicarmania dan Sixors. Program yang diberi nama sebagai NOS-XX Kenarianz-ManiaX-SiXors ini adalah julung-julung kali diadakan dan ruang letak kereta Taman Tasik Kompleks Sukan Likas menjadi lokasi pilihan. Kelab Fotografi Jebat.Net juga turut hadir sebagai jemputan khas.
"Tujuan utama NOS-XX ini adalah untuk mewujudkan perhubungan yang sihat di antara kelab-kelab permotoran dan seterusnya menjadi satu sesi percambahan idea tentang aktiviti yang boleh dianjurkan bersama pada masa akan datang"
Kira-kira jam 8 malam, jentera Kenarianz, Keicarmania & Sixors mula berkumpul di tapak NOS dan program ini telah berjaya mengumpulkan 54 buah kereta dari ketiga-tiga kelab iaitu 20 buah Kenari dari Kenarianz, 16 buah Kancil dari Keicarmania dan 19 buah Saga Iswara dari Sixors. Kepada komuniti Keicarmania dan Sixors dari Kota Marudu dan Kudat, terima kasih diucapkan atas kehadiran dan sokongan yang diberikan.
Sesi Ramah Mesra dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Sdr. Mahathir Sixors dan diteruskan dengan kata-kata aluan dan taklimat program daripada wakil Kenarianz iaitu Sdri. Neija13 dikuti dengan ucapan ringkas daripada Sdr. Faizal Keicarmania dan Sdr. Wan Sixors. Selepas sesi pemberian cenderahati tanda persahabatan Kenarianz kepada kelab-kelab yang hadir, program diteruskan dengan sesi fotografi. Terima kasih kepada komuniti Jebat.Net atas komitmen sebagai krew fotografi.
Selepas tamat sesi fotografi, gabungan 3 kelab permotoran ini mula bergerak ke Restoran Getaran Jiwa Alamesra yang terletak kira-kira 20KM dari tapak NOS untuk meneruskan sesi kenal-kenal di meja makan.
Sesi Meja Bulat yang melibatkan wakil-wakil setiap kelab iaitu Sdr. Asrul Sixors, Sdr. Faizal Keicarmania dan Sdri. Neija13 Kenarianz akhirnya berjaya menyenaraikan beberapa cadangan program bersama seperti perlawanan persahabatan Futsal, Paintball, Konvoi ke Poring dan juga Autoshow (Jemputan Kelab XLR8). Insya Allah mudah-mudahan cadangan ini akan dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan komitmen semua. Sesi berterusan dan akhirnya tamat pada jam 12 tengahmalam.
Kelab Kenarianz khususnya Kenarianz Sabah sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Keicarmania & Sixors atas komitmen yang diberikan. Begitu juga kepada krew Jebat.Net kerana sentiasa menyokong aktiviti Kenarianz. Tidak dilupakan rakan-rakan dari kelab permotoran yang lain sudi singgah ke tapak NOS untuk bersama-sama menjayakan program ini. Semoga persahabatan ini akan berterusan demi minat dan tujuan yang sama iaitu untuk memeriahkan lagi industri automotif khususnya di Sabah. Sekian.
"United we stand, divided we fall"
Kehadiran Kenarianz:
ZamJKD, Jawawi, UncleT, Adz Mie, Ismal, RolC, Flady21, Melbert + family, Bro Rozlan + family, Jimbak, Joe, Joseph, Jai, Johan, Rosli + family, Alvin, Khai & Alya, Neija13 + family, King & Sufri.
Kehadiran Keicarmania:
Achai, Azdin, Azmi, Faizal, Helmie, Iven, Kum, Mansur, Remiey + wife, Muz, Noh, Roy, Terance, Zam, Zhaley & Zack
Kehadiran Sixors:
Isamatan, Redskai, Wan + wife, John, Smunk + Rina, Jai, Leley, Ray, Kingz, Takz, Matt, Amenk, Gorganz, Mantok, Asrul, Najim, Jebat, Yaz & Bob
Laporan Bergambar Klik Sini http://kenarianz-sabah.blogspot.com/2009/10/nos-xx-kenarianz-maniax-sixors-24102009.html