PDA

View Full Version : Kembara Aidilfitri 383KM


neija13
11-27-2009, 05:02 PM
Pada 17 Oktober 2009 bersamaan 28 Syawal 1430H yang lalu, Kembara Aidilfitri 383KM Kenarianz Sabah telah berlangsung. Lapan buah jentera Kenarianz telah menjayakan kembara ini sejauh 383KM meliputi kawasan pendalaman Sabah. Ia merupakan konvoi SMD terjauh yang pernah direkodkan oleh Kenarianz Sabah setakat ini. Sekurang-kurangnya 6 daerah terlibat dalam laluan utama kembara ini iaitu KK-Tambunan-Keningau-Tenom-Sipitang-Beaufort-Papar-KK.
Tujuan utama Kembara 383KM adalah untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri salah seorang warga Kenarianz di Kg, Binaong Keningau dan secara tidak langsung ia merupakan satu siri promosi Kenarianz pada warga Sabah.

Ikuti Kronologi perjalanan Kembara 383KM ini..

9.30 am @Petronas Nosoob, Penampang : Tempat berkumpul sebelum memulakan perjalanan

10.30 am @Perhentian Gunung Mas
Setelah berehat seketika di Perhentian Gunung Mas, kami meneruskan perjalanan ke Kg.Binaong Keningau untuk beraya ke rumah Wan Nagasaktee.. Kami tiba di lokasi kira-kira jam 12.30 pm (ngam nih time makan tghari hehe)

Setelah menjamu selera di rumah Wan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Pekan Keningau. Sdr Wan juga turut serta dalam konvoi ini. Kehadiran 9 jentera Kenarianz di Pekan Keningau telah mengundang Bro SR yang turut berhenti beramah mesra dengan warga Kenarianz. Tqvm for ur compliment, Bro! Hope to c u nxt time ;-)

Kira-kira jam 3 pm, kami tiba di Tenom. Destinasi khusus ialah Majlis Perkahwinan Kojek's cousin.. huh! mmg happening la org2 Tenom kawin nih.. siap RELA jaga parking tu..

4 pm : Perjalanan ke Sipitang diteruskan...

5 pm : Tiba di Tamu Pekan Sipitang....Apa event? Pajak durian la!! hehe..

Setengah jam kemudian, kembara diteruskan menuju ke Beaufort dan seterusnya ke Papar yang mengambil masa 2 jam.

Kira-kira jam 7 pm kami sampai ke Papar & berhenti seketika di restoran berdekatan untuk menikmati makan malam..

Kemudian perjalanan pulang ke Kota Kinabalu diteruskan dan kembara tamat sepenuhnya kira-kira jam 9.30 pm.

(huh! 9.30 am to 9.30 pm)

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Kembara 383KM ini..

Jimbak + family, Adz Mie + family, Kojek + co., Johan, RolC, Neija + Faiq, Ismal + family, Jai & Wan Nagasaktee + family...

Laporan Bergambar Klik Sini http://kenarianz-sabah.blogspot.com/2009/10/kembara-aidilfitri-383km-17102009.html