PDA

View Full Version : Konvoi Raya Kenarianz : Rumah Uncle T & ZamJKD


neija13
09-25-2009, 02:11 PM
24.09.2009 Rumah Terbuka dua orang ahli Kenarianz iaitu Uncle T & ZamJKD. Bermula jam 7 malam, jentera Kenarianz mula berkumpul di Petronas Nosoob untuk 'menyerang' rumah Uncle T yang terletak kira2 5km daripada tempat berkumpul. Setibanya di rumah Uncle T, kami dijamu dengan Nasi Beriani dan juadah raya yang lain.. Geng Karas Uncle T (2003-2005) juga turut hadir sama.. Kaslan & fmly, Thomas & wife, Ah Yung & Mr.Hello Kitty.

Sesi makan & chit-chatting berterusan sehingga jam 8.30 malam dan akhirnya kami 'berinut' untuk meneruskan perjalanan ke rumah Zam JKD yang terletak kira-kira 20km daripada rumah Uncle T.

Perjalanan konvoi berjalan lancar dan kami tiba di rumah Zam pada jam 9 malam. Ketibaan kami disambut ceria oleh Tuan Rumah merangkap 'polis trafik' yang memberi tunjuk arah ke tempat letak kereta (hehe). Acara Rumah Terbuka ZamJKD ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat SIXORS (tq very much!)

Acara sembanging berterusan dan akhirnya bersurai pada jam 11 malam...
Bagi pihak Uncle T dan Sdr. ZamJKD, diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
Bagi pihak tetamu pula, jutaan terima kasih kepada kedua-dua Tuan Rumah atas undangan ini. Semoga dimurahkan rezeki olehNya.. amiiin...

Kepada rakan-rakan lain yang tidak berkesempatan untuk bersama, jan kamu bimbang ging.. ada lagi rumah yang kita akan buka pintu pagarnya ujung minggu ni ehehe

Kehadiran Kenarianz :
Azmi, Neija & family, Ismal & family, Awie & family, Rosli, Joe & family, Alvin & family, Kent & co., Melbert & family, WanGT & wife + friends, Kojek & co., Jimbak & family dan Flady.

Kehadiran SIXORS :
Wan_W & family, Najim & co., Mat dan Isamatan

Laporan Bergambar di http://kenarianz-sabah.blogspot.com/2009/09/konvoi-raya-rumah-uncle-t-zamjkd.html