neija13
09-16-2009, 12:32 PM
Pada 12 September 2009 yang lalu, Kenarianz Sabah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Kenarianz bersama jemputan khas Kelab Sixors bertempat di Anjung Melawa Jalan Sulaman Tuaran. Beberapa orang wakil dari kelab fotografi Jebat.Net turut dijemput sebagai tetamu undangan dan sekaligus bertindak sebagai krew fotografi.
Program yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Kenarianz Sabah ini bertujuan merapatkan sillahturrahim di antara kelab yang sememangnya sebelum ini sering berkerjasama untuk menjayakan aktiviti-aktiviti dunia permotoran di Sabah.Walaupun bukan berada dalam satu jenama jentera yang sama, namun objektif kedua-dua kelab permotoran ini adalah sama iaitu untuk memeriahkan industri automotif khususnya di Sabah dan Malaysia amnya juga sebagai satu platform sosial yang sihat bagi belia dan beliawanis negara.
Lokasi Majlis Berbuka Puasa ini ialah di Anjung Melawa yang merupakan hentian R&R untuk perjalanan ke bahagian utara Sabah. Ianya terletak di persempadanan Sepanggar dan Tuaran iaitu kira-kira 30 km dari bandaraya Kota Kinabalu. Kawasan tempat kereta yang luas beserta fasiliti yang disediakan menjadikan Anjung Melawa pilihan Kenarianz Sabah untuk menjayakan majlis ini.
Bermula jam 4 petang, semua ahli Kenarianz dan Sixors yang turut serta dalam program ini mula berkumpul di tempat letak kereta Shell McD Jalan Sulaman yang terletak kira-kira 15 km dari Anjung Melawa. Pada awalnya, konvoi dijadualkan bergerak menuju ke destinasi pada jam 4.30 petang. Namun, akibat fenomena kesesakan jalanraya yang luar biasa menyebabkan perjalanan program sedikit terganggu. Akhirnya pada jam 5.30 petang, konvoi 22 buah kenari dan saga iswara mula bergerak dengan purata kelajuan 60km/j dan akhirnya tiba di destinasi 20 minit kemudian dengan selamat.
Setibanya di Anjung Melawa, acara dimulakan dengan sesi bergambar. Terima kasih kepada krew Jebat.Net yang bertugas sebagai jurukamera sepanjang majlis ini. Kemudian acara diteruskan dengan kata-kata aluan daripada Wakil Kenarianz iaitu Sdri Neija13 dan kemudiannya Sdr. Azmi menyempurnakan acara penyampaian cenderahati tanda terima kasih Kenarianz kepada SIXORS.Selain itu, anak-anak kecil (Kenarianz & Sixors juniors) turut diraikan dengan acara pemberian angpow raya sumbangan Kenarianz.
Tepat jam 6.18 petang, Sdr. Wan Naga menyempurnakan bacaan doa sebelum tetamu mula menikmati juadah berbuka puasa yang telah disediakan. Sesi ramah mesra antara tetamu berterusan dan majlis akhirnya tamat pada jam 7.15 malam.
Kenarianz Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warganya dan juga Sixors atas komitmen untuk menjayakan program ini. Tidak dilupakan sokongan kepada Jebat.Net sebagai krew fotografi dan Anjung Melawa sebagai penyedia lokasi dan makanan.
Semoga persahabatan ini berpanjangan atas minat yang sama demi satu tujuan iaitu untuk memartabatkan industri permotoran di Malaysia.
Kehadiran Kenarianz : Neija & keluarga, Azmi, Zam JKD, Wan Naga, Joe & keluarga, Ismal & keluarga, Kojek, Khairul, Zul Hyndra, WanGT, Rosli & keluarga, Del RS, Johan, Kojek dan Ah Cai.
Kehadiran Sixors : Asrul, Wan_W, Kubet & isteri, Mantok, Isamatan, Najim & pasangan, Jai, Enon, Mat Exa & pasangan,amenk dan nizam.
Kehadiran Jebat.Net : Jebat, electro83, pyeFS & co.
Kenali Kenarianz
Kenarianz Sabah merupakan salah satu cawangan Kelab Pemilik dan Komuniti Perodua Kenari Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Antara aktiviti sepanjang tahun ini ialah perjumpaan mingguan (Nescafe-O-Session NOS), 'show-off day' ketika Autoshow anjuran UMS di Tg.Aru Plaza, penyertaan jentera Kenarianz dalam autoshow tempatan, konvoi Hujung Minggu (Saturday/Sunday Morning Drive SMD) ke Lagoon Park Karambunai, Sg. Babagon dan Poring Hot Spring Ranau serta Konvoi Jalur Gemilang sekitar Bandaraya Kota Kinabalu sempena sambutan bulan Kemerdekaan baru-baru ini. Semua aktiviti Kenarianz Sabah diabadikan dalam blog rasmi cawangan ini iaitu di kenarianz-sabah.blogspot.com. Kelab yang mempunyai cawangan hampir seluruh pelusuk Malaysia dan berpusat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini mempunyai ahli berdaftar seramai 1300 orang seluruh negara. Hari demi hari, Kenarianz makin berkembang dan semakin diterima dalam dunia permotoran di Sabah. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemilik Perodua Kenari seluruh Malaysia tanpa mengira warna kulit dan pegangan agama. Sila layari kenarianz.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kenarianz..It's all about rides.
Kenali SIXORS
SIXORS adalah singkatan bagi Saga Iswara Xtreme OwneR Sabah yang merupakan sebuah kelab tempatan di Sabah. SIXORS telah ditubuhkan secara rasminya pada 01 Januari 2009 dan berpusat di Kota Kinabalu. Keahlian SIXORS adalah terdiri daripada pemilik-pemilik Saga Iswara. Namun terdapat juga pemilik-pemilik kereta dari jenama lain berminat untuk menyertai SIXORS sahabat SIXORS. Objektif penubuhan Kelab SIXORS adalah untuk mengumpul semua pemilik-pemilik saga iswara khususnya di Sabah dan pada masa yang sama menaikkan populariti sukan permotoran di negeri Sabah khasnya dengan memartabatkan kereta nasional. Matlamat Sixors ketika ini adalah ingin mewujudkan hubungan persahabatan sesama kelab permotoran di Sabah dengan kelab permotoran lain yg telah awal wujud di negeri Sabah ini sekaligus menjalin hubungan kerjasama dlm pelbagai aspek yg berkaitan sukan permotoran. Sila layari laman web rasmi Sixors di www.sixors.com untuk maklumat lanjut.
Kenali Jebat.Net
Jebat.Net Photography adalah sebuah komuniti yang membincangkan minat dan hobi iaitu fotografi dan videografi. Kumpulan ini telah tertubuh hampir 5 tahun lalu tetapi dengan identiti foto dan video ini Jebat.Net Photography telah berada di dalamnya selama hampir 3 tahun.Komuniti ini boleh dianggotai oleh sesiapa sahaja terutamaya mereka yang meminati fotografi dan video. Jebat.Net Photography juga adalah komuniti yang menjadi jurugambar rasmi OUM Unit ICT PPD Kota Kinabalu. Sila layari www.jebat.net untuk maklumat lanjut.
Laporan Bergambar : http://kenarianz-sabah.blogspot.com