PDA

View Full Version : Kenarianz Sabah : Program Kibar Jalur Gemilang 2009


neija13
08-17-2009, 03:56 PM
Salam Kenarianz..

Pada 16 Ogos 2009, Kenarianz Sabah telah menganjurkan Program Kibar Jalur Gemilang di sekitar kawasan Kota Kinabalu sebagai tanda sokongan Kenarianz terhadap sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.

Walaupun cuaca hujan, namun spirit Kenarianz yang turut serta amat menggalakkan. Sebanyak 11 buah kereta warga Kenarianz yang menyertai program ini berserta dengan keluarga dan rakan-rakan.

Seawal jam 2.30 petang, kami berkumpul di Taman Awam Tg.Lipat. Pada jam 3.30 petang, kami memulakan konvoi ke 1Borneo di Jalan Sulaman untuk pengisian pertama program iaitu mengunjungi Auto Challenge 2009 yang dianjurkan oleh pihak 1Borneo Management. Pengisian ini adalah sebagai tanda sokongan Kenarianz terhadap penyertaan Sdr. Rudy khususnya dan sokongan terhadap industri permotoran umumnya.

Kira-kira jam 5.00 ptg, selepas sesi bergambar, kami menyambung perjalanan ke Bandaraya Kota Kinabalu. Konvoi bergerak dari Jalan Sulaman, Jalan Tg.Lipat, Jln KK Lama-Kg. Air, Jln Gaya ke Bank Negara, Jln Sinsuran ke Promenade dan seterusnya ke tempat letak kereta Api-Api Centre sebagai destinasi akhir. Alhamdulillah, konvoi berjalan lancar dengan keadaan trafik yang terkawal. Perancangan awal, konvoi akan berhenti di Tg.Aru Plaza.. tetapi memandangkan kekangan masa, destinasi akhir ditukar ke Restoran Banu di Api-Api Centre untuk menjamu selera.

Pada jam 6.30 petang, program diisytiharkan tamat dan kami mula bergerak pulang. Pihak Kenarianz Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Kenarianz Sabah yang telah menyertai program ini. Diharap pada masa akan datang, kita dapat meneruskan program seumpama ini dan mendapat sokongan daripada semua.

Terima kasih.

Kehadiran:

1) Adz Mie & family
2) Kent RS
3) Kojek
4) Pet
5) WanGT & co.
6) Neija13 & family
7) Jimbak & spouse
8) Uncle T
9) Johan
10) Kerol
11) Joseph