PDA

View Full Version : SMD Kenarianz Sabah 4 Julai 2009


neija13
07-10-2009, 05:41 PM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Pada 4hb Julai 2009 yang lalu, Kenarianz Sabah telah pun berjaya melaksanakan aktiviti SMD (Sunday Morning Drive) yang ke-3 pada tahun ini. Lokasi yang menjadi pilihan ialah tempat peranginan yang paling glamour iaitu Kundasang, Ranau dan Poring Hot Spring kira-kira 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Pada awal perancangannya, SMD ini dijangkakan akan disertai oleh seluruh warga Kenarianz Sabah, tetapi disebabkan oleh masalah dan komitmen yang tidak dapat dielakkan maka yang menyertai hanya 8 buah kereta ahli dan komuniti Kenarianz Sabah.

Lokasi tempat berkumpul yang dipilih ialah stesen minyak Shell jalan Sulaman (selepas NOS semalam kita putuskan) dan kira-kira jam 7.45 pagi kelihatan sudah beberapa ahli yang sudah datang di samping ada yang mengisi minyak kerana perjalanan pada kali ini lebih banyak mendaki bukit. Antara ahli yang sudah datang ialah Zia, Johan RS & family, Joe & family, Donny @ Jimbak & family, Zam & kawan (co-pilot) dan saya Azmi & starring. Ada juga di kalangan ahli keluarga yang membeli makanan (tapau) dari Restoran Mc D yang berdekatan kerana konvoi akan bermula jam 8.00 pagi.

Tepat jam 8.00 pagi, Ismal & family serta Neija & family belum lagi kelihatan dan setelah berhubung dengan mereka, maka konvoi pun dimulakan pada jam 8.15 pagi diketuai oleh saya sendiri. Setelah menyusuri jalan 1 Borneo menuju ke Sepanggar, kami pun berhenti sekejap di pekan Telipok untuk menunggu dua lagi ahli yang belum kelihatan iaitu sdr. Ismal & Neija. Kami pun terus bergerak menuju jalan utama ke destinasi dan berhenti sebentar di stesen minyak Shell Tamparuli kerana menanti kedatangan sdr. Ismal & family. Perjalanan mendaki bukit pun diteruskan dan kami singgah di lokasi seterusnya iaitu di pekan Nabalu di mana salah satu tempat perhentian para pelancong dalam & luar untuk membeli cendera kenangan di samping lokasi untuk mengambil gambar Gunung Kinabalu (kalo cuaca bagus, clear picture woo… mcm lagu.. biru-biru hujung Kinabalu….)

Konvoi pun diteruskan lagi menyusuri jalan yang berbukit dan selekoh-selekoh yang tajam dan kami pun berhenti di lokasi seterusnya iaitu di bahu jalan sebelum simpang ke Bundu Tuhan di mana sesi penggambaran dilaksanakan sambil menghirup udara segar & sejuk di kaki gunung Kinabalu. Setelah itu, lokasi seterusnya ialah Taman Kinabalu tetapi konvoi tidak singgah di situ kerana mengejar masa untuk sampai ke Poring dengan lebih awal. Kira-kira jam 11.00 pagi konvoi pun tiba di pekan Ranau untuk berhenti sarapan kerana ada ahli yang belum lagi bersarapan… kami pun melayan roti ‘0’ di kedai mamak dan terima kasih kepada restoran al-Barakath Ranau kerana menyediakan dan memberikan layanan yang memuaskan. Tiba-tiba kami didatangi oleh seorang teman, rupa-rupanya teman kepada sdr. Zam yang menunggu barang kereta kiriman dari Kota Kinabalu (bro… tia mo join ka…??? Siuk & happening ni). Agak sibuk keadaan trafik di pekan tersebut, rupa-rupanya ada tamu mingguan(aramai t!!) yang sedang beroperasi hinggakan kami terpaksa parking tidak menentu.

Setelah bersarapan a.k.a lunch dan berborak-borak, kira-kira jam 12.15 tengahari kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Poring Hot Spring kira-kira 15km dari pekan Ranau. Setibanya kami di lokasi tersebut kira-kira jam 1.00 petang, kami berhdapan dengan masalah parking al-maklum sajalah hujung minggu…. Memang ramai orang dan bas-bas persiaran 42 penumpang sudah mengambil tempat masing2. Nasib baiklah ada ruang sedikit untuk kami meletak kereta2 kami paham-paham sajalah kalau kereta-kereta “RARE” ni tidak boleh letak sembarangan…. cuaca sudah mula mendung dan hujan renyai-renyai (barai-barai) sudah turun dan kami pun berkesempatan untuk mengambil group photo ber-background-kan kereta Kenari kesayangan kami…… alamak!!!! Mana banner….??? Rupa2nya, yang membawa banner tu belum lagi menjelma kerana sedang melayan perut di pekan Ranau…. Alala…. kejap lagi sampai la tu….

Tidak lama kemudian, hujan pun turun dengan jaya dan lebatnya tetapi aktiviti tetap juga kita teruskan dan dengan hati yang bersemangat dan berkobar-kobar kami tetap juga meredah hujan yang lebat dan masuk ke dalam lokasi yang dinanti-nantikan setelah beberapa jam mengharungi jalan yang berbukit-bukau serta selekoh-selekoh yang begitu tajam….. sebelum masuk kena bayar tiket dulu bro…. dewasa tempatan RM3 seorang & budak 6 tahun ke atas RM1.

Aktiviti beriadah sambil berhujan pun bermula dan ada juga ahli dan keluarga yang sedang menjamu kolam-kolam renang untuk golongan budak2 di samping ada juga yang melayan gelongsor air yang cantik… tiba2 ada satu kolam yang dalamnya mencecah hingga 8kaki… fuyoo…. Dalamnya…. Sempat juga merasa akan ke dalamannya dan kesejukan air dari gunung Kinabalu. Bagi kolam air panas pula…. Sori la bro… FULL HOUSE… ada pun mata airnya saja. Tidak lama kemudian, kelihatan Neija & batalion pun menjelma dengan linggang-lingguknya menuju ke arah kolam tersebut….

Kira-kira jam 3.00 petang, dengan hujan yang masih lagi turun dengan lebatnya dan kadang-kadang berhenti kami terpaksa juga mengharungi untuk keluar dari lokasi tersebut menuju ke tempat letak kereta kerana sudah tiba masanya untuk bergerak. Setelah semua ahli & keluarga tiba di tempat letak kereta dengan hujan yang masih turun tapi renyai-renyai la…. Kami sempat juga bergambar sekali lagi dan kali ini bersama-sama dengan banner Kenarianz…… setelah itu, kami pun bergerak menuju ke pekan Ranau untuk melayan perut yang sudah berbunyi keriuk-keriuk…. Kami melayan penat lelah dengan perut kosong di Restoran Hasana Corner… oleh kerana cuaca yang sejuk maka majority ahli & family sedang melayan sup + mee dan ada juga yang melayan sup tulang….. kenapa bukan sup ekor ya…. Terima kasih Restoran Hasana serta layanan yang diberikan… Tiba2 kelihatan sebuah Kenari Biru (local punya) sedang menyusuri jalan di pekan Ranau dan melalui seberang jalan tempat kami meletak kereta dan tidak semana-mana kereta tadi muncul bersebelahan dengan restoran kami duduk dan tiba2 dia mem-BLAST dengan sekuat-kuatnya….. (aiseyman….. mentang2lah ada intercooler depan bumper & area dia nak pelayang & bakar dekat kita orang ke bro….. sori la kita orang tak makan bakar punya…..)

Oleh kerana masa yang dah nak dekat petang kami pun bergerak kira2 jam 4.15 petang dan singgah sekejap di pekan Kundasang sebab ada yang nak shopping beli & pajak SAYUR. Mur…mur… lah katakan. Ada juga ahli yang dah bergerak awal sebab ada hal masing-masing dan ada juga yang masih lagi menyinggah dekat pekan Nabalu semula untuk membeli cendera kenangan. Semua ahli selamat sampai ke lokasi masing-masing kira-kira jam 6.30 petang.

Semoga kita berjumpa pada SMD yang akan datang.

Sekian dan terima kasih.

Penyertaan:
1. Azmi & starring
2. Jimbak & family
3. Zam & teman (co-pilot)
4. Ismal & family
5. Joe & family
6. Johan RS & family
7. Zia
8. Neija & batalion

Prepared by;
AzmiM