neija13
06-02-2009, 05:11 PM
Pada 31 Mei 2009 yang lalu, Kenarianz Sabah telah melaksanakan aktiviti Sunday Morning Drive (SMD) yang telah disertai oleh 9 buah kereta ahli dan komuniti Kenarianz Sabah. Program ini merupakan SMD kedua sepanjang tahun ini selepas SMD pertama ke Lagoon Park Karambunai pada 2 Mei 2009 yang lepas. Destinasi kali ini ialah pusat perkelahan Sg. Babagon Penampang iaitu kira-kira 25 km dari pusat bandaraya Kota Kinabalu. Tempat berkumpul ialah di Petronas Nosoob (18km ke destinasi). Seawal jam 7.30 pagi ahli mula berkumpul.
Tepat jam 9.00 pagi, konvoi 9 buah kenari bermula dan diketuai oleh Sdr. Azmi. Perjalanan agak terganggu akibat kesesakan jalan raya di kawasan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) berhampiran sempena sambutan Pesta Menuai. Walau bagaimanapun, trafik menjadi lebih lancar selepas melewati kawasan berkenaan. Kira-kira setengah jam perjalanan, kami sampai ke destinasi.
Pengisian aktiviti dalam program ini sangat mudah dan relaks. Dimulakan dengan sesi bergambar, makan, acara mandi-manda dan sesi beramah mesra dengan penduduk berdekatan. Untuk pengetahuan umum, Sg. Babagon adalah sungai yang telah ditagal (tempat larangan mengambil sebarang hidupan air dengan apa cara sekali pun). Kerana itulah sungai ini sangat terpelihara dari sebarang bentuk pencemaran. Air yang jernih dan persekitaran yang indah memang memukau pengunjung.
Aktiviti berterusan sehingga tengahari dan kemudian beransur pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 2.30 petang. Di kesempatan ini, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Insya Allah bertemu lagi dalam aktiviti seumpamanya pada masa akan datang.
Penyertaan:
1. Jimbak & family
2. Azmi & family
3. Zam & teman
4. Zul & co.
5. Rudy HV
6. Ismal & family
7. Uncle Tuibi
8. Midi & family
9. Neija & family