neija13
05-11-2009, 11:44 AM
Assalammualaikum dan Salam sejahtera,
Dikemukakan laporan SMD Kenarianz Sabah.
Pada 3 Mei 2009 yang lalu, Kenarianz Sabah telah melaksanakan aktiviti tetap kelab iaitu Sunday Morning Drive (SMD) ke Lagoon Park, Karambunai Sabah yang terletak kira-kira 30 km dari pusat bandaraya Kota Kinabalu. Selain bertujuan untuk promosi kelab, SMD juga memainkan peranan untuk merapatkan tali sillahturrahim di kalangan ahli dan keluarga Kenarianz di Sabah khususnya.
Seawal jam 8.00 pagi, ahli kelab yang terlibat mula berkumpul di McDonald Shell Jalan Sulaman. Ada yang mengambil kesempatan untuk bersarapan pagi sementara menunggu rakan-rakan lain yang lain tiba. Konvoi ke Lagoon Park bermula kira-kira jam 9.00 pagi diketuai oleh Sdr. Zam dan last car ialah Uncle Tuibi. Dengan purata kelajuan 70km/jam, konvoi 9 buah kereta Kenari menyusuri Jalan Sulaman berjalan lancar. Walau bagaimanapun, konvoi berhenti seketika di Jalan Karambunai untuk sesi bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi. Kami tiba di Lagoon kira-kira jam 9.40 pagi.
Destinasi SMD kali ini memang menarik dan sangat sesuai untuk aktiviti santai dan berkelah seisi keluarga. Selain pemandangan yang indah, Lagoon Park Karambunai menyediakan perkhidmatan sukan air (kayak, banana boat, cruise) serta taman permainan kanak-kanak, horse riding, camping sites, BBQ, memancing dan giant chess.
Apa yang menarik kali ini, ramai di kalangan kami yang membawa ahli keluarga masing-masing. Dengan kapasiti seramai 28 orang termasuk Darren (son of Jimbak) yang baru berumur 9 bulan, aktiviti berkelah ini begitu meriah dengan telatah anak-anak kecil. Antara pengisian program ialah acara makan-makan, mommas’ talk, memancing dan mandi laut. Aktiviti berterusan sehingga tengahari dan kami beransur pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 1 petang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini dan Insya Allah akan bertemu lagi pada program yang akan datang.
Antara yang hadir:
1. Zam JKD2382
2. Rizwan Nagasaktee
3. Adz mie dan keluarga
4. Midi dan keluarga
5. Jimbak dan keluarga
6. Ismal dan keluarga
7. Jawawi dan keluarga
8. Uncle Tuibi
9. Neija dan keluarga